| Dari Ambun Hendak ke Perak Dari Ambun hendak ke Perak Singgah di Jeram Mengkuang Si Awang Kenit mencuri kerak Hidung berbelang terpalit arang |
| Gemuruh Tabuh Bukan Kepalang Gemuruh tabuh bukan kepalang Diasah lembing berkilat-kilat Gementar tubuh harimau belang Nampak kambing pandai bersilat |
| Bapa Gergasi Menebar Jala Bapa gergasi menebar jala Pegang tali melintuk-liuk Masakan pengerusi tak garu kepala Melihat ahli semua mengantuk |
| Orang Sibu Menunggang Kuda Orang Sibu menunggang kuda Kuda ditunggang patah pinggang Masih mahu mengaku muda Padahal cucu keliling pinggang |

0 Response to "Pantun Lucu"
Posting Komentar